10 Dis 2012

BERTUDUNG ITU LEBIH MANIS DIPANDANG



TAK SEMUA PEREMPUAN YANG TIDAK BERTUDUNG ITU JAHAT, DAN TAK SEMUA PEREMPUAN YANG BERTUDUNG ITU BAIK…

Pepatah ini sering kali aku katakana di dalam hati, namun adakalanya benar dan adakalanya salah… aku sendiri wanita muslimah yang wajib dan tiada sunat untuk menutup aurat… kelahiran sekolah agama selama lima tahun… masa tu aku persiakan waktu2 yang seharusnya aku manfaatkan… menyimpang seinci rugi 1000 batu… inilah kisah hidupku, yang mana waktu itu aku tersilap memilih kawan, tapi aku tak persalahkan 100% tentang itu..ianya juga berpunca dari diri aku sendiri yang tersilap langkah… kenapa dan mengapa??? Itu yang sering tertanya2 dalam diri ini… nak menyesal tiada gunanya lagi… terabai segala nyawa yang harus aku pertahankan… ya Allah…berdosanya aku!! Tidak semudahnya aku memaafkan diri ini dan tidak semudah itu aku memaafkan sesiapa yang menghancurkan diri aku tanpa kerelaan aku! Menyesal…!! Tiada gunaaa~

Kini… hampir masuk bulan baru, tahun baru dan azam baru… 2013 will come to our life… sudah semestinya setiap individu mempunyai azam yang tersendiri… aku sendiri mempunyai azam yang sangat aku ingin  buat, tapi aku hanya lakukan setakat apa yang aku mampu… dah hampir 2 minggu aku berada di UiTM nie… banyak dah aku Nampak benda2 yang boleh buat aku kekejutan budaya… tak sangka ah?? Malas aku nak pedulikan hal orang… kadang2 rasa mau bantu saja mereka tu..tapi rasanya hanya mendatangkan kekacauan… ALHAMDULILLAH setakat ini dalam kelas aku semuanya yang islam bertudung…tapi ada hampa sikit sebab ada juga terlandas dari sasaran agama tu ya… rasa kesian sebab dedahkan…itu kan hukum Allah..dan seharusnya kita MUSLIMAH mesti tutup…rasa kecewa, nak ditegur takut salah tak ditegur takut berdosa…apa seharusnya aku lakukan? Memang begitu ke anak kelahiran belah sana? Astagfirullah al-azim…

TAPI YANG PASTI DAN SEHARUSNYA… aku tetap tunaikan hasrat ini…dah tiba masanya aku kena ubah segalanya dan sudah masanya panggilan itu memanggil aku… aku kena jaga setiap helai rambut aku kali ini… ya Allah banyak dosa yang ayah aku tanggung… semuanya sebab anaknya tidak menutup kepalanya… asstagfirullah al-azim… ya ALLAH ampunilah dosa ayahku dan dosaku…amin…

Apa yang perlu kita buat sekarang sebagai anak perempuan… tutuplah aurat kita, ini semua demi kebaikan diri kita dan kebaikan untuk seorang insan yang bergelar AYAH… biarlah sesombong manapun kita dipandang oleh sesetengah lelaki asalkan kita tidak terpedaya dengan pujukan dan rayuannya… bersamalah membentras DOSA..hehe..renungan untuk diri aku dan kaum hawa yang lain…


 boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Surah al-Baqarah…ayat 216

Thanks to my readers…



2 ulasan:

  1. nice la paran , sokong3.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ah..c bear ne...banar kan?hehe..tda bh..ala..kongsi2 la kalo ada tu k..hhe

      Padam