23 Nov 2012

Kelebihan Jumaat Penghulu Segala Hari

HARI Jumaat adalah penghulu segala hari atau disebut ‘sayyidul aiyyam’ kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Bagi umat Islam, hari itu amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bagi merebut kelebihan penghulu segala hari.
Berdasarkan penjelasan hadis, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari itu Allah SWT menciptakan Nabi Adam, berlakunya hari Kiamat dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga.
Manakala malaikat pula menamakan hari Jumaat sebagai hari penambahan disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka dan Allah SWT akan melimpahkan kurnia-Nya serta menabur kebaikan-Nya.
Hakikatnya, menjadi tetamu Allah SWT pada penghulu segala hari adalah saat istimewa kerana memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa.
Kita perlu insaf walaupun pada zahirnya penampilan diri kelihatan cemerlang tetapi dari segi batin orang yang melakukan dosa seperti rasuah, menzalimi, menganiaya, memfitnah, minum arak, berzina dan sebagainya bagaikan berada di tempat kotor diselaputi najis.
Malah, apa yang menakutkan kita ialah meninggal dunia dalam keadaan berdosa dan tidak sempat bertaubat. Oleh itu, insaf dan sedarlah bahawa untuk keluar dari tempat bernajis atau kotor, caranya ialah meninggalkan, menjauhi tempat itu serta mencari tempat yang suci.
Kemuncak ibadat bagi tetamu Allah di masjid ialah mendengar dua khutbah dan solat fardu Jumaat. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah al-Jumaah, ayat 9)
Perjumpaan tetamu Allah setiap minggu di rumah Allah mampu membaiki keimanan, meningkatkan persaudaraan sesama Muslim dan perpaduan ummah. Oleh kerana besar pengaruh perjumpaan tetamu Allah ini, maka sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur dibenarkan syarak, mereka dikira sebagai orang yang lalai.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.” (Hadis riwayat al-Nasa’ie)
Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin, pada malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yang mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur.
Amalan sunat hari Jumaat seperti qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran seperti surah al-Kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Hari Jumaat adalah hari penuh keberkatan. Bagi mengambil peluang keemasan ini, mari kita membudayakan bersama keluarga dan anak memuliakan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.
Mudah-mudahan dengan cara ini ia mampu memperkukuhkan institusi keluarga dan memantapkan keimanan anak kita. Ini amalan nabi, wali dan orang salih. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, kerana kesibukan dunia dan pengaruh sosial menyebabkan kita lupa kemuliaan hari Jumaat.
Malah apa yang menyedihkan, ada kalangan umat Islam menjalankan aktiviti pada malam dan hari Jumaat yang menyemarakkan lagi gejala sosial.
Rebutlah peluang untuk membersihkan diri dan bertaubat pada penghulu segala hari. Marilah bersama merenung firman Allah SWT yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (Surah al-Jumaat, ayat 10)

9 Nov 2012

3-1=2 BAYANGKAN INI NYAWA!!!



TERSENYUMLAH WAHAI BIBIR, BIARPUN ENGKAU SEMBUNYIKAN 1001 KEDUKAAN... beginilah hariku... 1 senyuman mampu aku sembunyikan 1001 kedukaan.. di mana tempat mengadu? di situlah baiknya airr mata ini mengalir, kerna setiap keikhlasan itu akan terlerai 1001 hikmahnya... ya Allah, seandainya kau tahu betapa sakitnya hati ini.. maka kau sembuhkanlah ianya dengan kegembiraan, kerana aku tahu.. ada yang tertulis buatku yang lebih indah dan baik...

jadikanlah dia ( junaidi bin talib ) yang terakhir meskipun dia bukan yang pertama... oh dunia! penuh dengan kemuslihatan... mana muslihat manusia sesama manusia, manusia sesama syaitan..mungkin juga manusia sesama alam ada?? ( O_o ) mungkinkahh~ ?? setiap pasangan inginkan kebahagiaan, bukankah begitu?? teringin sesekali masalah tu takkan muncul... tapi apa boleh aku lakukan? kalau itu dah tertulis buatku... nak face setiap masalah sangatlah berat bagiku..tapi demi hati...amatlah senang..hanya perlu cuba, cuba dan cuba hingga selesai...itu lah cara aku...tapi kadang-2 ianya tak berbaloi, macam sekarang..mengapakah???!! sedih..:-( 

marah, marah dan terus marah... inikah? emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ianya akan mendatangkan keretakan dalam sesebuah hubungan.. ( c&p ).........                                     
bagi aku..memang dan seharusnya stiap individu bila dah problema tu datang, kemarahan tu memang ada, tapi janganlah sampai nak mula berfikir putuskan hubungan dan cari pasangan lain yg lebih memahami perasaan diri yg sebenar.. kamu ingat, tiada perasaan kah kalau kamu buat begitu? eih..aku rasa dah berlambak problema aku buat, x lah sampai gitu..tapi kenapaa kau begitu wahai sii cintaa?? ( junaidi bin talib ) ah! tertanya-2 aku.... ( hohohoo~ aku dah marahhh! )



the conclusion is... i love him.. forever never end till die... jun, junaidi in my heart....

sekian telima la kasihh~